Connect with us

WTF

Berlari2 Haiwan Dari Api Marak, Ada Yang Rentung Terbakar Di Australia

Berikutan insiden kebakaran hutan di Australia, dianggarkan hampir setengah bilion spesies terkorban malah dikhuatiri boleh menghapuskan semua populasi di negara itu.

Menurut pakar ekologi Universiti Sydney, lebih kurang 480 juta haiwan terbunuh termasuk 8,000 koala akibat kebakaran yang semakin ‘mengganas’ di beberapa tempat di Australia sejak Ogos tahun lalu.

Memang tidak dapat bayangkan dengan keadaan api yang marak, apatah lagi koala tidak mampu untuk bergerak pantas lalu menjadikan ia sukar menyelamatkan diri.

Apabila melihat posting gambar dan video yang dikongsi warganet, memang sebak melihat haiwan yang berlari mencari perlindungan dan kehausan akibat api marak.

https://www.facebook.com/noriah.ahmad.566/posts/3004951726182971

Jika manusia takut dengan kebakaran besar yang sedang berlaku, mereka juga begitu…Kebakaran hutan belukar di Australia, dengan api mencapai 50m dan telah membunuh 500 juta haiwan.Dapatkah kita bayangkan?

Posted by Yuhanis Azam on Saturday, January 4, 2020

Bumi Australia terbakar, atau lebih dikenali sebagai ‘Bush Fire’ Sedangkan musim panas baru sahaja bermula menjadikan…

Posted by Alice Farah on Saturday, January 4, 2020

https://twitter.com/viratfanalways/status/1213704238041157632

Menurut laporan media, seramai 24 orang terbunuh dan hampir 2,000 rumah musnah apabila kebakaran hutan itu memusnahkan tiga negeri membabitkan kebakaran kira-kira lima juta hektar tanah.

Sumber : Facebook , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending