Connect with us

WOW

Berketinggian 51 cm, Rani Si Lembu Kerdil Jadi Star Di Bangladesh

Berketinggian 51 sentimenter dengan berat sekitar 28 kilogram, Rani yang berusia 23 bulan merupakan seekor lembu yang kerdil.

Keunikan Rani menjadi perhatian ramai sehinggakan beribu orang datang ke sebuah ladang yang terletak di Charigram untuk bertemu dan berswafoto dengannya.

Rani sememangnya seekor lembu yang unik dan istimewa. Orang ramai berpusu-pusu datang ke ladang itu walaupun kini Bangladesh sedang melaksanakan perintah berkurung ekoran penularan wabak COVID-19.

Pemilik ladang, Hasan Howladar memberitahu dia membeliau Rani pada tahun lalu di sebuah ladang di daerah Naogan, Utara Bangladesh. Melihat keunikan Rani, pihaknya telahpun membuat permohonan kepada Guinness World Record untuk mendapat ikhtiraf lembu terkecil di dunia.

Kini rekod itu masih milik seekor lembu yang diberi nama Manikyam di India dengan ketinggian 61.1 sentimeter.

Siapa sangka, lembu yang bantut dan tidak normal itu kini hidup bagaikan selebriti sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

Sumber: Erabaru.my, Washington Post

Continue Reading
Advertisement

Trending