Connect with us

WTF

Berkeras Enggan ‘Lockdown’, Rakyat Indonesia Kata Mati Tetap Mati!

Hampir seluruh dunia pasti tahu mengenai Indonesia yang pada awalnya angkuh kerana mengatakan negara mereka tiada jangkitan COVID-19 yang dilaporkan. Namun kini, negara Indonesia antara negara yang mempunyai kematian dan kes jangkitan  COVID-19 ini yang mendadak naik.

Malah, Dr. Musa Nordin yang mengatakan bahawa Indonesia adalah bom jangka dan Malaysia perlu jaga sempadan, kerana dikhuatiri ia bakal membentuk kluster baru jangkitan.

Tiada beza mati kerana COVID-19 dan kelaparan!

Di Twitter, tular sebuah video yang mengatakan bahawa rakyat Indonesia yang dilihat berkeras dan enggan melaksanakan perintah berkurung. Malah, mereka juga mengatakan kematian disebabkan COVID-19 dan mati kerana kebuluran tiada bezanya buat mereka.

“Tiada beza, sama-sama mati…”

Sudah tentunya, sifat dan perangai yang dicetuskan segelintir rakyat Indonesia ini menimbulkan perasaan kurang senang terhadap penduduk dunia yang lain.

Malah, perkara ini turut menarik perhatian warga Malaysia dan meninggalkan kata-kata perangsang buat rakyat Indonesia agar terus memberi kepercayaan kepada kerajaan mereka.

Jelas sekali bahawa, penduduk Indonesia perlu membuka fikiran mereka dan bersama-sama membantu kerajaan mereka untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending