Connect with us

Inspirasi

Berkebun Sebelum PKP, Kini Depan Rumah Dah Macam ‘Cameron Highlands’

Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah sudah pasti membuatkan hasil lumayan apatah lagi sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Perkara tersebut berjaya dihasilkan oleh bapa kepada seorang pemuda yang kini mampu berbangga dengan hasil tanaman kebun sayur-sayuran seperti pegaga dan bayam Brazil di halaman rumah mereka.

Menerusi laman Twitter, Shazriel Yusoff berkata bapanya mula berkebun secara kecil-kecilan sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) dilaksanakan sebelum tanaman menjadi subur selepas empat bulan.

Dah jadi macam Cameron Highlands!

“Sejak sebelum PKP lagi abah aku start berkebun sikit-sikit depan rumah tanam daun pegaga & Bayam brazil. Sekarang lepas empat bulan, depan rumah aku dah jadi macam Cameron Highland,” tulisnya semalam.

Berkat menunggu dengan penuh sabar, mereka sekeluarga sekurang-kurangnya dapat menjana pendapatan daripada hasil tanaman tersebut termasuk menjual kerepek ranggup bayam Brazil.

Saya ada jual ni…

https://twitter.com/ShazrielYusoff/status/1278252986590879744

Kalau korang berhasrat nak buat benda yang sama, memang perlu penjagaan yang teliti. Jenis tanah & baja, siap berpanas lagi. Paling penting jangan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ ya!

Sumber : Shazriel Yusoff

Continue Reading
Advertisement

Trending