Connect with us

Inspirasi

Berkat Sikap Terpuji, Staf Hospital Thailand Tunduk Beri Penghormatan Buat Tabligh

Umum sedia tahu bahawa pendemik Covid-19 yang melanda sekitar Asia Tenggara ada antaranya datang daripada kluster jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor.

Jadi, dapat kita lihat ramai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan tersebut disahkan positif Covid-19 dan ditempatkan di hospital bagi rawatan.

Namun, cerita-cerita positif berkenaan mereka seakan tidak pernah putus apabila kerap kali dipuji  frontliner kerana mereka begitu mengikut peraturan dan menceriakan wad kuarantin dengan solat berjemaah dan bacaan al-Quran.

Tepuk tangan dan beri penghormatan

Di Thailand juga jemaah tabligh yang sudah selesai dari menjalani kuarantin telah diberikan penghargaan apabila kakitangan kesihatan disana beratur dan menepuk tangan apabila jemaah tabligh beransur keluar daripada wad.

Lihatlah Akhlak Jemaah Tabligh…ini adalah sebahagian yang ditarbiah semasa dakwah 4 bulan. Usul Dakwah itu menerapkan Sifat-Sifat Para Sahabat dlm diri pendakwah… Sampaikan kakitangan Hospital di Thailand meraikan kepulangan mereka selepas habis kurantin. #covid19 #niatdakwah

Posted by Ayob Abd Majid on Wednesday, April 15, 2020

Teman sampai naik bas

Video yang dikongsikan oleh salah seorang jemaah tabligh dari Kuala Lumpur dikenali sebagai Ayob Abd Majid ini benar-benar menyebakkan.

Jemaah tersebut telah diiringi sehingga menuju ke bas yang membawa mereka.

Sifat kemuliaan dari Thailand

Susulan daripada perkongsian tersebut, warganet yang melihat video itu mengakui bahawa begitu tersentuh dengan penghargaan yang diberikan oleh hospital di Thailand terhadap jemaah tabligh.

Mereka juga mendoakan agar semua jemaah akan terus terpelihara daripada pendemik ini dan terus sihat seperti sedia kala.

Bangga dengan sikap terpuji mereka

Orang baik, pergi mana pun orang suka

Sumber : Ayob Abd Majid

Continue Reading
Advertisement

Trending