Connect with us

Inspirasi

Berkat Bantuan Gadis, Penjual Donut Daif Kini Berpuasa Dengan Selesa

Tidak semua dilahirkan dalam dunia ini dengan keadaan yang beruntung dan bernasib baik seperti orang lain. Malah, ada yang terpaksa berkerja dengan lebih keras demi memperolehi rezeki dan mengalas perut yang lapar.

Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia dan hidup bermasyarakat haruslah saling membantu terutamanya mereka yang memerlukan ini. Terutamanya buat golongan yang sudah berusia dan tidak larat untuk bekerja lagi.

Hidup berubah 360 darjah!

Di Twitter, seorang gadis warga Indonesia memperlihatkan hasil dari dana dan pertolongan orang ramai yang telah dihulurkan untuk mengubah nasib seorang warga tua yang dikenali sebagai Abah Anang.

Ramai simpati nasib pakcik penjual donut

Abah Anang merupakan seorang penjual donat di jalanan dan tinggal di rumah yang sangat usang. Berkat pertolongan gadis ini dan masyarakat rumah usangnya kini telah berwajah baru dan lebih selesa untuk diduduki.

Tidur bilik baru, rumah usang dah diubah suai

“Sekarang tidurnya lebih nyenyak….”

Nasib berubah, tetap teruskan jualan donut

“Terima kasih, jangan takut berbahagi…”

Terkadang kita mengeluh, tapi ramai lagi lebih memerlukan

Ramai sangat terkejut dengan pertolongan dan juga bantuan yang telah diberikan oleh gadis ini kepada abah Anang. Ramai yang sangat berpuas hati dengan kerja mulia gadis ini, lebih-lebih lagi wang tersebut digunakan untuk keselesaan abah Anang.

Gadis ini sekaligus telah menjadi perhatian dan sikap keprihatinannya jadi pujian.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending