Connect with us

Sosial

Berkaki Ayam, Bapa Saudara Berlari Tengah Panas Demi Anak Buah

CikKoin

Diterbitkan

pada

Walaupun umurnya sudah meningkat, ia bukan penghalang atau asbab buat seorang lelaki memberi sokongan kepada anak saudaranya yang terlibat dalam kawad sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pagi tadi.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh @Alexander Nanta Linggi di laman Facebooknya, terdapat beberapa keping gambar memaparkan sekumpulan Pegawai KPDNHEP sedang berdiri tegak di bawah cuaca panas di padang kawad.

Kasih sayang seorang bapa saudara

Bagaimanapun, secara tiba-tiba salah seorang pegawai bernama Nik Mohamad Adhar Nik IsmadiĀ  telah rebah di atas jalan tar di bawah cuaca yang sangat terik.

Apa yang menyentuh hati netizen, bapa saudara pegawai tersebut bergegas dari khemah menuju ke padang kawad bagi membantunya tanpa menghiraukan selipar yang dipakainya tertanggal meskipun terpaksa menahan kepanasan.

Bantu anak saudara untuk bangkit semula

Pada awalnya, orang ramai menyangkakan bapa saudara itu akan mengusung anak buahnya keluar dari barisan namun, dia bertindak dengan membantu membangunkan semula lantas memeluk tubuh anak buahnya dari belakang untuk mengelakkan dia rebah semula.

Kejadian yang disaksikan oleh tetamu pada ketika itu telah berjaya membuatkan orang ramai mengalirkan air mata apabila melihat kasih sayang serta pengorbanan yang ditunjukkan oleh seorang insan bergelar bapa saudara kepada anak buah yang juga merupakan anak yatim piatu.

Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen tersentuh melihat insiden tersebut dan mendoakan supaya bapa saudara kepada pegawai itu dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

Sumber: Facebook (Alexander Nanta Linggi), Berita Harian

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending