Connect with us

Infozon

“Beringat selalu sewaktu muda” – 20 kesilapan masa muda yang buat kita menyesal waktu tua

1. Beringat selalu sewaktu muda, tak kiralah kita ‘marhean’ atau berada.

2. Lumrah hidup ibarat roda berputar, waktu muda sihat dah tua jalan pun terketar-ketar.

3. Masa muda kita ‘sado’ atau ‘bergetah’, dah tua ada yang sakit dan cepat melatah.

4. Kalau dah tahu gaji kita ciput, orang muda usahlah duduk di rumah saja sampai mereput.

5. Orang muda usah tukar selalu ‘sport rim’ dan juga tayar, kalau hutang PTPTN pun susah nak bayar.

6. Apa guna orang muda pakai minyak wangi mahal berjenama, kalau duit buat orang tua tak bagi pun dah lama.

7. Katanya masa muda ‘travel’ ke sana dan ke sini, apa guna jika buku akaun selalu ‘zero’ bila dikemaskini.

8. Waktu muda sebaiknya menabung, belilah rumah sebelum harganya naik melambung.

9. Daftarlah haji diwaktu muda, terus berjimat dan berbelanja berpada-pada.

10. Orang muda tak perlu jubah dan tudung penuh almari, sampai kau sendiri susah nak cari.

11. Elakkan hari-hari makan di ‘mekdi’ atau kedai hipster, ingatkan diri yang kita hidup di dunia bukan di planet jupiter.

12. Amalkan menabung duit ikut warna, tak beringat menabung bila tua kita yang merana.

13. Tinggalkan juga siaran tv berbayar, kalau hutang kawan tak boleh nak bayar.

14. Kenapa perlu ‘update’ model telefon pintar, jika Facebook, WhatsApp dan YouTube yang selalu diputar.

15. Kurangkan mengutuk dan salahkan menteri, sebaiknya perbaiki dan tingkatkan prestasi diri.

16. Ingatkan diri muda hanya sekali, utamakan keperluan daripada kemahuan bila membeli.

17. Buku dan ‘post’ kewangan malas ‘like’ dan baca, tapi bab lain suka pula kau ‘like’, kutuk dan cerca.

18. Untung orang muda ada orang ingatkan, cabar kemampuan diri dan prestasi kerja perlu ditingkatkan.

19. Benarlah muda hanya sekali, usia muda yang berlalu juga tak akan kembali.

20. Kawal kewangan dan hiasi peribadi, elakkan skim cepat kaya apatah lagi berjudi.

21. Orang muda beringat bila berhutang dan membeli, ingat selalu masa muda bukannya masa ‘kita enjoy’ atau berjoli.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending