Connect with us

Infozon

Berhimpun Tanpa SOP, Netizen Khuatir Ada ‘Kluster Najib’ Pula Selepas Ini

Sejak awal pagi tadi, para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat telah memenuhi perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan berkenaan beberapa pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Namun begitu, apa yang lebih membimbangkan adalah berkenaan perhimpunan yang berlaku dihadapan mahkamah kerana orang ramai berasak-asak tanpa sebarang penjarakkan sosial dilakukan.

Hal ini pastinya membimbangkan rakyat Malaysia dan sudah tentu mereka melanggar SOP dikenakan kerajaan berhubung larangan berhimpun dalam kuantiti yang ramai.

Kluster Najib comingggg!

Justeru itu, di media sosial, orang ramai mulai mengutarakan rasa tidak senang melihat situasi tersebut lebih-lebih lagi ketika negara berdepan ancaman kenaikkan jumlah positif kes Covid-19.

KKM sila pantau!

Memang peningla kalau ada kluster baharu sebabkan hal ni

Polis beri amaran

Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa telah mulai membuat amaran kepada mereka yang berdegil degan terus melakukan berhimpun di hadapan mahkamah.

Pihak polis telah menggunakan pembesar suara bagi meminta orang ramai bersurai kerana tiada SOP penjarakkan sosial berlaku.

Sumber: Firdaus Azil, Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending