Connect with us

Inspirasi

Bergambar Dengan Petugas Kesihatan, Tunku Azizah Teringin Jadi ‘Frontliner’

Umum juga tahu bahawa KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan kepada frontliner semasa negara menghadapi gelombang Covid-19 yang sangat membimbangkan sekitar pertengahan Mac.

Baginda telah menyumbangkan katil buat petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh serta memasak sendiri makanan buat diedarkan kepada frontliner yang sedang berjuang.

Teringin nak jadi frontliner

Kali ini, baginda telah memuat naik satu hantaran spontan di Instagram dengan mengatakan teringin mahu menjadi sebahagian daripada frontliner yang bertugas.

Tunku Azizah turut menyertakan sekali gambar baginda bersama petugas kesihantan yang lengkap dengan penutup mulut di dalam wad rawatan.

Tuanku frontliner kami semua

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut tampil meninggalkan komen di posting yang dibuat oleh KDYMM Permaisuri Agong.

Mereka memuji kapsyen spontan Tunku Azizah yang terlihat comel dan turut memaklumkan bahawa Tunku Azizah merupakan frontliner buat kita semua.

Comel laa Tuanku ni

Tuanku ada tokoh jadi doktor laa

Sumber : SPB Raja Permaisuri Agong

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending