Connect with us

Infozon

Berbulan Terpisah Kerana Tugas, Tangisan ‘Frontliners’ Peluk Ibu Menyentuh Hati

Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan PKPB yang berlangsung selama hampir 3 bulan bermula 18 mac 2020 pastinya mencoretkan satu kisah yang tidak akan dilupakan dalam sejarah perjalanan Malaysia.

Ketika itu, petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan dan juga anggota keselamatan negara dilihat gigih berjuang melawan penularan wabak maut yang telah menyerang jutaan orang di dunia.

Video abang2 polis jumpa ibu

Pastinya mereka terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama daripada orang yang tersayang atas faktor tugas, keselamatan dan juga PKP yang berlangsung.

Oleh sebab itu, menerusi beberapa video perkongsian di laman Facebook Friends of PDRM telah membuatkan ramai berjuraian air mata apabila frontliner kita kembali bertemu insan-insan tersayang selepas berbulan tidak berjumpa.

Video yang memaparkan dua situasi yang sama melibatkan insan berbeza telah menyebabkan ramai yang sebak melihat frontliner kita menangis berpelukan dengan ibu mereka.

Kerinduan yang tidak dapat dinyatakan pasti terubat selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula 10 Jun yang lalu.

Berapa lama tak jumpa ibu

Sehubungan dengan perkongsian 2 video yang tular itu, rata-rata warganet berasa begitu sedih melihat betapa rindunya seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu dalam tempoh yang lama disebabkan beberapa halangan.

Semoga frontliner kita terus kuat dan tabah dalam berjuang membanteras penularan Covid-19.

Mata masuk habuk wey

Tengok video senyum sambil nangis

Sumber : Friend of PDRM

Continue Reading
Advertisement

Trending