Connect with us

WTF

Berbisik Takut Didengari Pihak Lawan, Aksi Pasukan Itali Mencuit Hati Netizen

Sebuah video memaparkan gelagat pemain Itali yang berbisik sambil melakukan gerak tangan ketika perlawanan sukan bola tampar menentang pasukan Jepun baru-baru ini di Olimpik Tokyo 2020 telah mencuit hati netizen.

Video yang dimuat naik di TikTok itu telah menjadi perhatian netizen yang terhibur dengan reaksi mereka, terutamanya dengan pemain Jepun yang kebingungan melihat kelakuan pasukan Itali yang kelihatan seolah-olah sedang berbincang strategi sambil menjeling pihak lawan.

Kenapa kelakar sangat?

Sejak bila Jepun faham bahasa Itali?

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan kenapa perlu berbisik sedangkan pemain Jepun berkemungkinan tidak memahami bahasa Itali.

Setakat ini video tersebut telah mendapat 2.3 juta tontonan dengan 300 ribu likes.

@loren___naUnintentionally funny 🤣 #volleyball #volley #olympics2020 #japan #tokyo #olympics #yukiishikawa #nipon #nishida #takahashi #ishikawa♬ original sound – loren

Advertisement

Sumber: TikTok @loren___na

Continue Reading
Advertisement

Trending