WOW
Berbirat Dimuka Bukti Kerja Keras, Doktor & ‘Nurse’ Di Itali Kerja Tanpa Henti

Kakitangan kesihatan ataupu pengamal perubatan kini merupakan insan yang terpenting bagi setiap negara. Tambahan pula, dunia kini kian gusar dengan penularan wabak COVID-19 yang perlu ditangani dengan segera.
Pengorbanan masa dan juga tenaga mereka sudah semestinya sangat-sangat dihargai. Malah, terdapat segelintir daripada para perubatan ini tumpas disaat sedang berbakti kepada negara dan sudah tentu perkara ini amat menyedihkan orang ramai.
Pengamal perubatan kini terpaksa berkerja lebih keras dan berlipat ganda daripada sebelumnya. Setiap detik adalah amat bermakna dan tiada erti berehat untuk mereka semua pada saat ini.
Di Twitter, tular beberapa keping gambar para petugas kesihatan di Itali yang memaparkan kesan lebam dan berbirat pada wajah mereka. Kesan berbirat tersebut didakwa merupakan kesan daripada pemakaian sut dan juga mask dalam jangka masa yang lama.
Sudah tentunya, kesan yang ada pada wajah-wajah petugas kesihatan ini meninggalkan satu perasaan yang hiba kepada orang ramai.
Pada perkongsian tersebut, orang ramai dilihat mengucapkan terima kasih kepada pengamal perubatan ataupun kesihatan yang kini sedang bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa orang ramai.
Mereka-mereka ini memang layak anggap sebagai wira dan pengorbanan mereka sememangnya amat dihargai.
Namun, ada juga yang menyangkal dan meragui kesahihan gambar tersebut. Walau apapun keadaannya, para petugas kesihatan semenangnya memerlukan sokongan dan semangat yang padu daripada orang ramai.
Sumber: Twitter.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit