Connect with us

Cute

Berbadan Kecil Tapi Garang, Aksi Anak Kucing Cuit Hati Netizen

Walaupun kucing mempunyai 1001 ragam yang sukar dijangka seperti perangai budak-budak kecil, namun telatahnya mampu menghiburkan hati sesiapa sahaja. Sama seperti anak kucing dalam video ini yang tiba-tiba sahaja melarikan sepeket snek dengan reaksi mukanya yang mencuit hati.

Riak mukanya yang garang tidak sepadan dengan tubuhnya yang masih kecil itu. Tanpa mempedulikan tuannya yang memanggilnya sebagai ‘maling’, anak kucing itu tidak mahu melepaskan snek yang digigitnya, malah turut memberikan sebuah ‘jelingan tajam’.

@deepooo_MALIING TOLONG 😱😱 ##fyp ##kucing ##tiktokkucing♬ original sound – Dudut official

Dia fikir seram agaknya

Selain daripada perwatakannya yang garang, netizen juga terhibur dengan gelagat anak kucing ini yang turut mengeluarkan bunyi bising seperti marah apabila sneknya cuba dirampas oleh tuannya itu.

 

Muka je ganas padahal comel

Kelihatan anak kucing itu terkedek-kedek melarikan snek itu kerana kakinya yang pendek dan badannya yang masih kecil. Aksinya itu mengundang perasaan geli hati netizen yang melihat telatahnya sebagai pencuri yang comel.

Sumber: Tiktok @deepoo_

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending