Connect with us

WTF

Beratur Lama Nak Bayar, Lelaki Ini Mengamuk Barang Dapur Orang Depan Banyak

Kesabaran itu sangat mahal nilainya, kalau seseorang itu yang jenis cepat ‘panas’ memang senang naik marah walaupun puncanya tiadalah besar mana pun.

Macam yang dialami seorang gadis ini bersama kakaknya, tak pasal-pasal kena ‘hamun’ sebab banyak sangat beli barang dapur di sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia.

Kena marah sebab beli barang dapur banyak

Menerusi tweet gadis itu yang dikenali sebagai Dyna, berkongsi video memaparkan seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina, memarahi Dyna dan kakaknya yang ketika itu sedang membuat pembayaran di kaunter.

Pertengkaran mula berlaku apabila lelaki itu marah sebab terpaksa menunggu lama untuk membayar dua botol air mineral, disebabkan Dyna dan kakaknya mengambil masa agak lama kerana banyak barang yang dibeli.

Boleh jer minta elok2 nak bayar dulu

Nasib ada abang baju biru tolong ‘backup’

Sebenarnya, pergaduhan tidak akan timbul kalau lelaki itu meminta secara baik untuk membayar dahulu disebabkan barang dia sikit. Tapi apa boleh buat, dia memilih untuk bergaduh dan buat kecoh, padahal benda boleh bincang.

Sumber : Dyna

 

Continue Reading
Advertisement

Trending