Connect with us

Infozon

Berapakah Pendapatan Bulanan Yang Selesa?

Berdasarkan kepada sebuah kajian oleh yang dijalankan oleh pemaju perumahan Sime Darby, secara puratanya, anda memerlukan pendapatan isi rumah sebanyak RM14,580 sebulan untuk membolehkan anda hidup dengan selesa di kawasan Lembah Klang.

Bunyinya seperti tidak masuk akal? Tetapi itulah hakikatnya. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya, pasangan suami dan isteri kena ada RM7,000 pendapatan sebulan seorang.

Berdasarkan infografik di atas, 4 perkara utama yang memakan belanja bulanan yang besar adalah :

1. Ansuran rumah (Mortgage) – 14% – RM 2041/bulan lebih kurang untuk nilai hartanah yang berharga RM400,000. Sekarang ini, mana jumpa dah projek perumahan baru untuk kediaman landed bawah RM400,000.

2. Pengangkutan – 16% – RM 2332/bulan. Kalau suami isteri dah ada kereta masing-masing, pastinya komitmen bulanan untuk pinjaman kenderaan sudah mencecah RM1500 sebulan, jadi angkat RM2332 ini sudah termasuk minyak dan tol.

3, Makanan – 15% – RM 2187/bulan. Barang dapur, makanan harian dan lain-lain.

4. Lain-lain pinjaman – 15% – RM 2187/bulan. Mungkin pinjaman peribadi, pinjaman ASB, kad kredit dan lain-lain.

Menurut Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (Emas), Mohamad Azhar Hashim:

1. Tiada jaminan untuk hidup selesa jika pendapatan mereka RM10,000… dengan kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Baharu tidak cukup, lainlah kalau mereka tinggal di kampung-kampung tambahan pula harga rumah semakin meningkat.

2. Bagi anak-anak dan belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sudah semestinya tidak memperoleh jumlah pinjaman penuh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ibu bapa mereka berpendapatan RM10,000 ke atas.

Mungkin kerana faktor terdesak memerlukan gaji yang besar untuk hidup dengan selesa di kawasan Lembah Klang, baru-baru ini terdapat satu kajian menunjukan golongan lepasan universiti atau fresh graduate ingin bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM6,000 dan perkara tersebut amat mengejutkan. Walaupun terdapat beberapa jenis pekerjaan yang menawarkan jumlah pendapatan tersebut, tetapi peluang pekerjaan seperti itu tidak banyak terutama dengan keadaan ekonomi yang tidak baik.

Bagi kebanyakan gaji permulaan fresh graduate, purata pendapatan asas adalah antara RM2,500 hingga RM3,500 di Lembah Klang. Namun, jika golongan ini masih mahu untuk tambah pendapatan sehingga RM6,000, mereka masih berpeluang dengan melakukan kerja sampingan seperti berikut:

Uber

Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Johor, Melaka dan Pulau Pinang, peluang menambah pendapatan boleh dilakukan melalui servis pemanduan Uber. Cara ini telah ramai yang lakukan secara sambilan dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Baca : Rahsia jana RM2,000 sebulan sebagai pemandu Uber

Dengan hanya 3 jam sehari pada hari bekerja, iaitu selepas waktu pejabat, anda boleh mendapat pendapatan yang sangat tinggi mencecah RM50 sehari. Manakala pada hujung minggu pula, anda boleh memperoleh pendapatan sehingga RM200 sehari sahaja.

Tidak mustahil jika anda bekerja keras, jumlah pendapatan anda sebulan boleh mencecah sehingga RM6,000 dengan hanya melakukan kerja di pejabat dan juga melalui servis Uber.

Perunding kewangan

Selain itu, anda juga boleh mendaftar diri anda sebagai financial consultant seperti ejen takaful dan ejen unit trust. Anda boleh lakukan kerja sampingan ini dengan mudah dan masa yang fleksibel untuk mendapatkan komisyen anda.

Sebagai seorang financial consultant, anda boleh bekerja di luar waktu pejabat seperti waktu malam dan pada hujung minggu. Kerja anda menjadi lebih mudah kerana prospek pertama anda adalah rakan sekerja anda sendiri.

Pendapatan dan komisyen yang diterima adalah sehingga 30% jika anda mendaftar sebagai ejen takaful. Dengan hanya jualan sebanyak RM10,000 sebulan, anda sudah boleh mendapat pendapatan melalui komisyen sebanyak RM3,000 sebulan.

Perniagaan online

Mulakan perniagaan anda tanpa sebarang modal. Ya, zaman internet sekarang sudah ramai yang mulakan perniagaan mereka tanpa modal dan risiko yang tinggi. Melalui konsep dropship, anda hanya perlu mempromosikan produk syarikat tanpa perlu mempunyai stok tersendiri.

Kebanyakan perniagaan pada hari ini tidak mempunyai kedai sendiri tetapi hanya menjual melalui pasaran internet. Kebanyakan rakyat Malaysia kini juga lebih yakin dengan konsep jual beli melalui internet serta memudahkan mereka.

Keuntungan melalui jualan dropship juga adalah setinggi 30% dari harga produk. Jika anda mampu mendapatkan jualan RM10,000 sebulan, pendapatan bulanan anda boleh mencecah sehingga RM3,000 walaupun secara sambilan sahaja.

Tidak mustahil untuk golongan fresh graduate pada hari ini untuk mendapatakan pendapatan sehinggan RM6,000. Cuma, anda hanya perlukan kerja tambahan atau sampingan untuk mendapatkan pendapatan tinggi tersebut.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending