Connect with us

WTF

Bengang ‘Girlfriend’ Sengaja Runtuhkan Menara Cawan, Lelaki Nekad Minta Putus

Sebagai seorang manusia, seharusnya kita menghormati pekerjaan ataupun hobi orang lain tidak kira sesiapa pun selagi ia tidak melakukan kesalahan.

Jangan sesekali bersikap annoying dengan menggangu atau sengaja menyusahkan orang lain ketika dia sedang fokus dalam melakukan aktiviti yang disukainya.

Tendang menara cawan teman lelaki

Jadi, menerusi satu perkongsian video TikTok dari luar negara, seorang wanita telah menanggung padah apabila diputuskan oleh kekasihnya selepas dengan sengaja menendang menara cawan yang dibuat oleh lelaki itu.

Bengang dengan tindakan tersebut, lelaki itu telah meminta untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana seakan tidak menghormati kerja keras yang dilakukan.

https://www.tiktok.com/@artur.edlind/video/6933547021047581953?is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

Reaksi wanita tersebut begitu terkejut hingga tidak mampu berkata apa-apa kerana sudah terlanjur menendang binaan menara cawan yang dibuat oleh teman lelakinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu.

Setakat ini, posting yang dibuat oleh pengguna akaun bernama artur.edlind telah mendapat lebih daripada 42 juta tontonan sejak ia di muat naik.

Sumber: artur.edlind

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending