Connect with us

Infozon

Benarkan Bas Ekspres Beroperasi Semula, Berkapasiti Penuh & Tanpa Had Masa

Sepanjang PKP dilaksanakan, kerajaan telah menetapkan bahawa khidmat bas ekspress hanya boleh membawa 50 peratus penumpang iaitu 24 penumpang sahaja.

Namun, tidakan ini telah menyebabkan kebanyakan pengusaha bas ekspres menanggung kerugian yang dan mereka juga telah memohon kerajaan untuk memberikan kelonggaran yang sewajarnya.

Hari ini dalam sidang media harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran bas ekspres untuk membuka semula beroperasi mereka.

Bahkan, mereka juga dibenarkan untuk beroperasi tanpa had masa, berikutan khidmas bas ekspres ini banyak membabitkan jadual perjalanan malam sehingga ke subuh.

Malah, bas ekspress juga dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh dan tanpa had masa mulai hari ini. Namun, penguasa wajib SOP ditetapkan oleh MKN. Bahkan, penumpang juga perlu didaftarkan secara manual ataupun menerusi aplikasi MySejatera.

“Jika mereka (pengusaha bas) tidak mendaftar penumpang melalui aplikasi MySejahtera, mereka mesti mengambil nama dan nombor telefon setiap penumpang bagi tujuan pengesanan kontak sekiranya ada perkara berkaitan COVID-19.” Jelasnya.

Sumber: Berita Harian. 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending