Connect with us

Infozon

Beli Rumah Joint Loan Dengan Suami-Isteri, Bagus atau Tidak?

Bagi mereka yang mahu membeli rumah kediaman, terutamanya buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, ramai yang meletakkan nama pasangan masing-masing di dalam pinjaman perumahan mereka untuk menjadikan peluang untuk lulus lebih tinggi.

Namun apa yang ramai tidak ketahui di sini adalah pro and cons sekiranya meletakkan nama pasangan masing-masing di dalam pinjaman. Bagi merungkaikan persoalan ini, seorang penasihat kewangan, Mohd Kauthar Rozmal telah berkongsi kebaikan dan keburukan menggunakan joint loan untuk membeli rumah. Baca perkongsian beliau di bawah:

Fungsi joint loan:

Biasa orang akan joint loan sebab nak kukuhkan profile kewangan. Boleh beli rumah besar sikit. Kalau gaji suami saje 3k, mungkin layak rumah 300k, tapi bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k

Jika beli dua nama:

1. Agreement loan ada 2 nama

2. SnP/Geran rumah ada dua nama

3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama

Okay apa akan jadi jika si suami meninggal?

Contoh rumah 500k, rumah terbahagi pada 2. 50% – 300k suami punya 50% – 300k isteri punya.

Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful.

50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa. Katakan bayaran bulanan RM2000, maka si isteri perlu bayar RM1000 sehingga tamat tempoh.

Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid. Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata. Katakan parent suami taknak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

Hati-hati

Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang orang mampu. Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.

Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.

Adakah sistem faraid salah? Tidak, orang yang salah. Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid?

Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan Bukannya dapat harta free pastu blah tinggalkan si balu terkapai-kapai.

Apa yang kita perlu buat?

1. Tahu siapa waris isteri/suami kita

2. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan

3. Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.

Sumber : Mohd Kauthar Rozmal‏

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending