Connect with us

WTF

Bahana Beli Atas Talian, ‘Scammer’ Beri ‘Mask’ Kotor & Gantikan Dengan Kotak

Hand sanitizer dan juga mask merupakan benda yang penting dan perlu dimiliki oleh setiap individu terutamanya ketika berada diluar rumah untuk mengelakkan ancaman wabak COVID-19.

Sudah tentunya, dalam keadaan yang agak kritikal ini mask dan juga hand sanitizer sememangnya laku keras di pasaran. Sering sahaja kehabisan stok di kebanyakan kedai, membuatkan sesetengah individu menjual barangan ini di atas talian dengan harga yang sangat tinggi.

Scammer sedang rancak ‘bekerja’

Dalam pada yang sama, ada sesetengah golongan sedang rancak berusaha keras dengan mengambil kesempatan terhadap situasi yang sedang dialami oleh negara ketika ini.

Seorang gadis berkongsikan bahawa, terdapat kenalannya yang terkena umpan para scammer diatas talian disebabkan ingin membeli penutup mulut yang kian menjadi rebutan masyarakat.

 

Nak beli apa2, pastikan tengok review dulu…

Ramai yang ambil cuba ambil kesempatan

Memang mask keperluan mask semua saat ni…

Ramai yang terkena rupanya…

Menjengah diruangan komen, terdapat beberapa pengguna laman Twitter juga berkongsikan kisah dan nasib yang sama menimpa diri mereka. Lebih menyedihkan, wang mereka lesap begitu sahaja dan mereka menerima penutup mulut yang kotor serta tidak menepati piawaian.

“Jangan buka, kita tak tahu mask tu siapa guna…”

Ni mask N95 ke polisterin??

“Baik beli under company…”

“Rasanya tak kejam kalau doakan mereka kena COVID-19”

Buat segelintir insan yang sedang raih keuntungan dengan situasi yang melanda negara saat ini, hentikanlah perbuatan tersebut. Sesungguhnya, keuntungan yang diraih tidak mempunyai sebarang keberkatan dan bakal hidup dengan kegelisahan.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending