WTF
Bela Kematian Ibu & Bapa, Gadis Tak Gentar Tembak Mati Dua Pejuang Taliban

Media antarabangsa kini sedang tular mengenai kisah mengenai keberanian seorang remaja perempuan Afghanistan yang menembak mati pejuang Taliban yang membunuh ibu bapanya.
Dikenali sebagai Qamar Qul, gadis itu ketika dihubungi media memberitahu bahawa dia bersedia untuk melawan sesiapa sahaja yang cuba menyakiti dirinya dan adik lelakinya.
Tuntut bela kematian ibu bapa
Ketika kejadian, dua pejuang Taliban yang memecah masuk rumahnya dan membunuh ibu bapanya yang didakwa menyokong kerajaan, minggu lalu di sebuah perkampungan di daerah Taywara, wilayah tengah Ghor.
Bapa ajar pakai AK47
Melihat kedua ibu bapanya diserang, Qamar dengan berani telah menggunakan senjata AK-47 dan menembak mati dua pejuang Taliban tersebut.
“Saya tidak takut dan sedia berlawan dengan mereka semula. Bapa yang mengajar saya menembak menggunakan senjata AK-47. Saya membunuh mereka kerana mereka bunuh keluarga saya dan pasti mereka cari saya dan adik lelaki saya untuk balas dendam…”
Foto Qamar yang memakai hijab sambil memegang senapang Ak47 telah tular di semua platform media sosial. Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani juga memuji remaja perempuan itu kerana mempertahankan keluarga melawan musuh yang kejam.
Susulan daripada tragedi, beberapa pihak telah meminta agar kerajaan melindungi Qamar dan adik lelakinya kerana nyawa dua beradik itu dalam bahaya jika kumpulan pejuang Taliban itu datang untuk membalas dendam.
Sumber : Berita Harian & AFP

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit