Connect with us

Inspirasi

Bekas Pemain Kedah Agih 140 Ekor Ayam Percuma Bagi Penduduk Kampung

Sebelum ini bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof melakukan amal jariah dengan membuka rumah mengaji al-Quran tanpa mengenakan sebarang yuran terhadap sesiapa yang ingin mempelajari bacaan kitab suci.

Terbaru, bekas pemain berusia 30 tahun itu mengagihkan sebanyak 140 ekor ayam secara percuma bagi penduduk yang tinggal di sekitar kediamannya di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah pagi ini.

Seorang hanya seekor sahaja!

HARI INI ( 30/07/2020 ) jam 10 pagi saya ada sediakan 140 ekor ayam secara PERCUMA. Seorang hanya seekor sahaja. Boleh…

Posted by Azmeer Yusof 25 on Wednesday, July 29, 2020

Menurut Azmeer, ayam segar berkenaan disediakan khusus buat keluarga yang berpuasa sempena hari Arafah dan golongan susah yang amat memerlukan makanan.

“Jadi sekiranya tuan2 & puan2 merasakan kehidupan tuan2 & puan2 senang, tolong jangan ambil hak orang2 lain. Kepada yang nak datang ambil, anda diwajibkan pakai ‘mask’.
“InsyaAllah sumbangan ini kita akan buat mengikut SOP yang ditetapkan,” tulisnya di laman Facebook rasmi dengan memuat naik gambar stok ayam tersebut.

Tindakan murni itu meraih pujian ramai warganet yang rata-rata meluahkan rasa syukur selain mendoakan agar kehidupan Azmeer diberkati serta dimurahkan rezeki.

Sumber : Azmeer Yusof

Continue Reading
Advertisement

Trending