Infozon
Beginilah Kesan Dahsyat Pada Otak Anak Jika Mereka Selalu Diabaikan

Insiden pengabaian penjagaan anak-anak akan meruntuhkan institusi keluarga. Untuk mengelakkan perkara ini, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk mempelajari kemahiran keibu bapaan selain daripada membaca buku-buku bimbingan bagaiaman untuk menjadi seorang ibu bapa yang berjaya.
Anak-anak kecil yang sedang membesar memang memiliki sifat ‘ingin tahu’ yang tinggi. Anak-anak peringkat umur ini memang macam-macam perkara yang ingin ditanyakan kepada mak ayah sehinggakan tak terjawab pertanyaan mereka. Adakalanya dek kerana soalan yang terlalu kreatif dan diluar kotak, kita sebagai mak ayah pun boleh jadi buntu nak memikirkan jawapannya dan mengambil langkah untuk terus mengabaikan mereka.
Seorang pengguna Facebook, Dr. Taufiq Razif baru-baru ini telah berkongsi mengenai kesan dahsyat terhadap otak kanak-kanak yang sering diabaikan oleh ibu bapa mereka.
Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.
Otak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain!
Nak anak bijak dan sihat otaknya?
Balik rumah nanti terus :
– peluk anak
– bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
– gosok ubun-ubun anak
– tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
– tutup TV dan banyakkan bermain bersama
– banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
– banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
– selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka
Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!
Sumber : Dr. Taufiq Razif

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit