WTF
Bayi Comel Berbungkus Plastik Dalam Tong Sampah, Ditemui Masih Hidup

Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, dekat sini malam tadi.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang wanita kira-kira jam 10.30 malam.
Tergamak buang bayi hidup lagi
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata wanita terbabit memaklumkan ada ternampak suspek (wanita) membuang satu bungkusan berbalut kain di dalam tong sampah di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, wanita terbabit menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
“Bayi yang masih hidup tanpa sebarang dokumen kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)…”
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
Sumber : Berita Harian

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit