Connect with us

WTF

Bayi Album Nevermind Nirvana Tuntut RM630k Selepas 30 Tahun, Dakwa Diekploitasi Seksual

Pernah mencipta semula gambarnya ketika berusia 10, 20 dan 25, Elden Spencer, bayi yang pernah menghiasi kulit album “Nevermind” pada tahun 1991 kini berpaling tadah.

Spencer yang kini berusia 30 tahun memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan ternama, Nirvana, kerana melakukan eksploitasi seksual terhadapnya ketika dia masih bayi.

Tak pernah sign kontrak

Menurut Spencer, dia tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk membenarkan gambarnya diambil ketika dia berusia 4 bulan.

Walaupun foto tersebut diambil oleh rakan ibu bapanya dengan kebenaran mereka, keluarga Spencer hanya menerima $200 (RM840) selepas gambar itu dirakam.

Peguamnya, Robert Y. Lewis mengatakan walaupun gambar duit di kulit album telah menjalani teknik superimposed, namun ia seakan-akan menjadi simbolik bahawa anak guamnya adalah pekerja seks.

Advertisement

Identitinya yang terdedah sejak dulu lagi menyebabkan dia terpaksa menanggung kesan gangguan emosi untuk jangka masa yang lama.

Tuntut USD150,000 setiap seorang daripada 15 individu

Walaupun gambar tersebut tidak bersifat pornografi dalam undang-undang Amerika Syarikat, Spencer yang diwakili peguamnya menuntut sebanyak USD150,00 setiap seorang termasuklah kepada bekas isteri Kurt Cobain, Courtney Love, jurugambar Kirk Weddle, ahli band Nirvana serta pengurusnya, Dave Grohl dan Krist Novoselic.

Bagaimanapun pemain drum kumpulan tersebut, Chad Channing tidak tersenarai kerana telah meninggalkan Nirvana pada tahun sebelumnya.

Sumber : Ellen Durney/buzzfeednews

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending