Connect with us

WOW

Bayi 17 Hari Dijangkiti Koronavirus Kini Disahkan Negatif Selepas Lalui Tiga Ujian

Wabak koronavirus yang seakan tiada kesudahan boleh dijangkiti tidak kira usia ataupun jantina. Disebabkan virus tersebut, jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke hari.

Terbaru, seorang bayi berusia 17 hari disahkan dijangkiti koronavirus sejurus selepas dilahirkan oleh ibunya yang positif virus sama.

Dia dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak Wuhan selepas dilahirkan. Bayi itu yang dipanggil Xiao Xiao dijangkiti di bahagian sistem pernafasan dan kerosakan myocardial kecil (kecederaan otot jantung).

Memandangkan gejalanya tidak teruk, doktor membuat keputusan untuk memberi antibiotik dan menunggu agar bayi tersebut segera pulih.

“Dia tidak mengalami kesukaran bernafas, tidak batuk atau demam, jadi kami hanya memberi rawatan yang sepatutnya,” kata doktor yang bertugas.

Tiba-tiba keajaiban berlaku pada 21 Februari lalu apabila bayi perempuan tersebut disahkan negatif setelah menjalani tiga ujian asid nukleik dan dibenarkan pulang.

“Dia telah bebas daripada koronavirus dan juga penyakit jantungnya malahan dia telah membesar dan semakin berisi ketika dijaga di hospital,” ujarnya lagi.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending