Connect with us

WTF

Bayar RM3 Kalau Nak Masuk Syurga, Ajaran Sesat Pesong Akidah Tumpas di Indonesia

Sejak dari dulu, ada sahaja individu yang berniat kotor untuk memesongkan akidah umat Islam dengan mewujudkan ajaran-ajaran sesat yang boleh membawa kepada kekufuran.

Individu yang kerap menjadi mangsa semestinya mereka yang dahagakan ilmu namun berjumpa dengan orang yang salah dalam mencari cahaya petunjuk bagi memantapkan akidah masing-masing.

Kena tangkap sebab ajaran sesat

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tidak kira dimana pun akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan tidak bermoral ini.

Menerusi laporan daripada akhbar Indonesia, satu ajaran sesat yang diberi nama sebagai aliran Tarekat Tajul Khalwatiyah Tariq Sheikh Yusuf  telah berjaya diberkas oleh Majelis Ulama Indonesia.

Senang betul nak masuk syurga

Pengasasnya yang dikenali sebagai Puang Lalang telah mengeluarkan beberapa arahan pelik seperti menyediakan Rp10,000 (RM3) untuk masuk ke syurga dan Rp50,000 (RM15) untuk mendapatkan kad masuk ke syurga.

Manakala, jika seseorang itu ingin membayar zakat pula, kadar jumlah yang perlu dibayar adalah  mengikut timbangan berat individu tersebut.

Banyaknya jenayah dia buat

Selain daripada cara mudah mendapatkan syurga, pengelola ajaran tersebut juga mendakwa dirinya mampu memajangkan usia seseorang dalam jangka waktu yang lebih lama.

Namun, dia sudah pun ditahan untuk siasatan lanjut berhubung tindakan merepeknya itu selain daripada tuduhan melakukan penipuan, menghina agama serta mengubah wang haram.

Sehubungan dengan perkara tersebut, orang ramai diharap dapat berhati-hati dengan ajaran-ajaran yang boleh menyesatkan umat Islam. Hal tersebut kerana kita sudah mempunyai al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dan juga petunjuk hakiki dalam mencari hidayah Allah S.W.T.

Sumber : Tribun Gowa. com

 

Continue Reading
Advertisement

Trending