WOW
Bawa Puluhan Beg Plastik, Suami Isteri Beli Motosikal RM8,742 Guna Duit Syiling

Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi tumpuan ramai apabila membawa puluhan beg plastik yang berisi duit syiling untuk membeli sebuah motosikal, lapor Suara.com pada Isnin lalu.
Pasangan tersebut Totok Tri Bartonnanto dan Hasnaini membeli sebuah motosikal Yamaha jenis All New NMAX di sebuah kedai di daerah Samarinda, Kalimantan Timur.
Oleh kerana membawa sejumlah wang syiling yang berat bagi membayar harga motosikal kira-kira 31 juta rupiah (RM8,742), beberapa orang pekerja kedai tersebut turut sama membantu mereka.
Hasnaini berkata, wang syiling berkenaan adalah hasil tabungan dia dan suaminya sejak beberapa tahun lalu.
“Kami memang mengumpul duit syiling untuk membeli sesuatu. Jadi kami beli motosikal baru atas nama saya,” katanya.
Tambah Hasnaini, dia sememangnya meminati motosikal jenama tersebut dan telah memiliki Yamaha Aerox di rumah.
“Selesa digunakan. Begitu juga NMax yang saya rasa sangat berkualiti untuk digunakan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.
Sumber: Suara.com

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit