Connect with us

Cute

Tak Runsing Tiada Kekasih, Remaja Bawa Kucing Sebagai Teman Di Majlis ‘Prom’

Tidak semua orang berpeluang untuk memiliki pasangan kekasih terutamamya ketika waktu sekolah. Seharusnya perkara ini tidak menjadi hal dikalangan remaja terutamanya para pelajar, kerana kepentingan mereka bukanlah untuk bercinta tetapi fokus dalam pelajaran.

Begitulah perasaan seorang pelajar lelaki diluar negara yang dikatakan tidak mempunyai teman wanita untuk dibawa ke prom atau lebih dikenali sebagai majlis tarian tahunan sekolah. Perkara ini adalah satu aktiviti wajib, yang perlu disertai oleh para pelajar dan sering dianjurkan oleh disetiap sekolah di luar negara.

“Tak kisah pun tak ada teman wanita…”

Seorang lelaki telah “mencairkan” ramai hati dan meraih dengan tindakannya ketika pergi ke majlis prom yang diadakan di sekolahnya.

Lelaki ini tidak mempunyai teman wanita untuk dijadikan pasangan ke majlis tarian sekolahnya lalu dia membawa kucing kesayangannya, Ruby.Via Paws planet

Posted by Kelab Pencinta Kucing Malaysia on Monday, December 23, 2019

Tidak mahu runsing memikirkan ketiadaan pasangan hidup, lelaki ini sebaliknya membawa Ruby, kucing kesayangannya sebagai pasangan prom pada malam itu.

Ruby memakai bergaun merah jambu

Malah, lebih mencuit hati dan memikat hari ramai, Ruby turut dilihat mengenakan sepasang gaun yang berwarna merah jambu ketika menghadiri majlis tersebut.

Ruby memang sangat manja!

“Ruby, queen of the night!”

Ramai yang telah meninggalkan kata-kata pujian terhadap lelaki tersebut serta Ruby menerusi ruangan komen. Sehingga kini, posting mengenai Ruby ini telah mendapat hampir lebih 5,300 reaksi oleh warga pengguna Facebook.

Sumber: Kelab Pencinta Kucing Malaysia.

Continue Reading
Advertisement

Trending