Connect with us

WTF

Bawa Isteri Bersiar2 Naik Helikopter Polis, Lelaki Terima Padah Diturun Pangkat

Isteri mana yang tidak teruja apabila suami mengajak keluar rumah untuk ‘makan angin’, malah bukan ke lokasi biasa-biasa seperti pusat beli belah sebaliknya bersiar-siar dengan menaiki helikopter!

Itu dilakukan seorang anggota polis Thailand, Akkarapol Yeekoh apabila membawa si isteri menikmati pemandangan indah sambil wanita tersebut merakam video dengan berlatarbelakang lagu How Do I Live nyanyian LeAnn Rimes.

Menerusi laporan Coconuts Bangkok, rakaman video berdurasi 33 saat itu memaparkan pemilik akaun TikTok @Keng_pakapawan mengabadikan detik romantis bersama suaminya sebelum menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, tindakan ‘sesuka hati’ Akkarapol yang menggunakan helikopter milik Polis Diraja Thailand berkenaan membawa padah apabila mendapat perhatian pihak polis baru-baru ini.

Polis daerah Udon Thani iaitu Komander Pitsanu Unhaseri dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian tersebut bagi melindungi reputasi serta imej pengawai kerajaan.

Malah bukan itu sahaja, dia turut mengarahkan Akkarapol diturunkan pangkat dan memegang jawatan yang biasa, hukuman ‘standard’ bagi individu dalam penyalahgunaan kuasa.

Sumber: Coconuts Bangkok

Continue Reading
Advertisement

Trending