Connect with us

WTF

Batal Kahwin Tapi Majlis Dah Bayar RM30K, Gadis Cari Calon Suami Segera…

Setiap pasangan yang bercinta tentu akan menunggu saat-saat manis ketika diijabkabulkan bersama pasangan tersayang. Namun sebelum melangkah ke alam perkahwinan, kebanyakkan pasangan akan menempuh banyak dugaan semasa fasa bertunang.

Dugaan-dugaan tersebut akan menentukan sama ada hubungan yang telah terbina akan berkekalan atau pun putus di tengah jalan. Kisah pada kali ini menceritakan tentang sepasang pasangan ini telah memutuskan hubungan mereka kerana tidak jadi berkahwin.

Belum apa-apa lagi dah naik tangan

Melalui perkongsian di Twitter, seorang jurusolek telah berkongsikan pengalamannya menemui seorang klien yang membatalkan tempahan tersebut kerana tidak jadi berkahwin disebabkan tunangnya itu merupakan seorang kaki pukul.

Difahamkan, kliennya itu telah menghabiskan hampir RM30,000 untuk persiapan majlis perkahwinan mereka dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak itu.

Pelanggannya juga telah memberitahu wakil lokasi perkahwinan bahawa dia menangguhkan tarikh perkahwinan itu pada 20 Disember tahun hadapan.

Tak pasal-pasal kena cari calon lain, kalau tak jumpa macam mana?

Jurusolek tersebut berkata “Sekarang dia kena cari boyfriend baru pulak, dia perlu meneruskan kehidupannya tanpa menoleh kebelakang.”

Bagi mengelakkan risiko, jurusolek ini telah meminta bantuan warga netizen di Twitter untuk menghebahkan lokasi perkahwinan tersebut dengan harapan ada pasangan yang akan mengambil slot pada tarikh tersebut.

Malah dia turut memberitahu bahawa pelanggannya itu memberikan diskaun sebanyak RM8,000. Harga sebenar lokasi tersebut adalah lebih kurang Rm30,ooo namun dia hanya memberikan sebanyak RM20,000 sahaja untuk sesiapa yang berminat.

Jadi bagi sesiapa yang bakal berkahwin dan sedang mencari lokasi yang paling sesuai untuk majlis tersebut, anda boleh tunjuk tweet itu kepada mereka. Tempat tersebut memang sangat cantik!

Sumber: Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending