Connect with us

WTF

Baru Umur 8 Tahun, Model Cilik Dapat Restu Ibu Bapa Tinggal Dengan ‘Boyfriend’

Tular di media sosial apabila akhbar Daily Star United Kingdom melaporkan berkenaan satu pasangan Instafamous cilik telah melangsungkan ‘perkahwinan’ dan mendapat restu daripada orang tua mereka.

Pasangan Instafamous Ukraine itu juga sudah tinggal bersama dan masing-masing memuat naik gambar mesra sedangkan keduanya masih dibawah umur.

Tinggal bersama

Mila Maxanets yang baru berusia lapan tahun telah berpindah keluar dari rumah keluarga dan tinggal bersama pasangannya Pavel Pai yang berusia 13 tahun.

Warganet minta pihak berkuasa campur tangan

Tindakan ibu bapa mereka yang membenarkan perkara tersebut berlaku menjadi bualan netizen di media sosial kerana dikatakan menjadikan perkara tersebut content memandangkan kedua-dua kanak-kanak tersebut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Menerusi makluman daripada sumber lagi, warganet telah menggesa pihak berkuasa untuk campur tangan dalam hal tersebut memandangkan ibu bapa mereka juga mendorong anak-anak mereka melakukan tindakan yang tak wajar dengan usia keduanya.

Advertisement

Bimbang beri pengaruh tak baik

Tambah laporan dari Daily Star, ibu bapa mereka menggalakkan ‘perkahwinan’ tersebut kerana dapat menjana pendapatan dari media sosial disebabkan content berkenaan.

Seorang peguam dan juga ahli kriminologi, Anna Malyar berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak berkenaan cuai dalam mendidik anak-anak.

Hal ini memandangkan pasangan cilik itu mempunyai ramai pengikut di media sosial dan boleh mempengaruhi remaja lain untuk terjerumus dalam kesalahan pedofil.

Setakat ini, Instagram pasangan kekasih tersebut telah diikuti dengan ribuan pengikut dan mereka juga tidak segan menunjukkan kemesraan kepada umum.

Sesetengah netizen tempatan menyuarakan rasa bimbang melihat tindakan pasangan ini yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada para remaja yang mengikuti mereka di laman sosial berkenaan kerana masing-masing masih di bawah umur.

Advertisement

Sumber: Daily Star


Continue Reading
Advertisement

Trending