Connect with us

WTF

Baru Sebulan Kahwin, Wanita Hamil Maut Dipercayai Dicekik Suami Ketika Tidur

Pengguna media sosial Indonesia digemparkan dengan berita kematian seorang wanita, Ella Andini yang ditemukan tidak bernyawa oleh adiknya di sebuah rumah di Bangka Selatan, pagi Rabu lalu.

Berdasarkan laporan Bangkapos.com, wanita berusia 24 tahun itu dipercayai dibunuh oleh suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Rafli ketika tidur dengan cara mencekik mangsa di atas katil bilik di rumah tersebut.

Lebih meruntun jiwa orang ramai apabila mangsa dikatakan sedang hamil cahaya mata pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 7 September lalu.

Polis daerah Bangka Selatan, Joko Isnawan berkata, suspek yang berusia 26 tahun berjaya diberkas di satu lokasi kebun kelapa sawit ketika cuba melarikan diri ke Palembang dengan bantuan seorang rakannya yang bernama Apoy.

“Pada pagi kejadian sekitar jam 10 pagi, adik mangsa iaitu Bibi ternampak suspek keluar dari bilik sebelum meninggalkan rumah berkenaan untuk menghantar ‘barang’.
“Curiga mangsa tidak keluar dari bilik kerana sudah hampir tengah hari, Bibi terkejut apabila menemui jasad kakaknya terbaring di atas katil,” katanya pada Jumaat.

Hasil siasatan mendapati, suspek yang didapati positif dadah jenis syabu itu dipercayai tidak puas hati selepas terbaca mesej perbualan di telefon bimbit isterinya bersama seorang lelaki sekali gus menganggap mangsa berlaku curang.

Advertisement

Rafli (kaki berbalut) & rakannya Apoy

Difahamkan, mangsa juga baru sahaja tahu bahawa suaminya yang berasal dari Aceh itu terjebak dengan dadah pada awal bulan ini selepas barangan kemas miliknya ‘dicuri’ untuk membeli bahan terlarang itu selain berjudi serta meminum arak.

Kisah tragis itu turut mengundang perhatian di aplikasi TikTok selepas seorang pengguna, @sdaaarusli93 memuat naik foto dan video dipercayai milik pasangan terbabit sehingga meraih 1.4 juta tontonan.

https://www.tiktok.com/@sdaaarusli93/video/7021784685558664474

Sumber: Bangkapos.com (1) & (2) , TikTok @sdaaarusli93 , Facebook

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending