Connect with us

Inspirasi

Baru Sahaja Halal, Pengantin Tangan Menggigil Malu2 Nak Salam Pasangan

Pernikahan merupakan impian terindah bagi setiap individu yang menjalinkan hubungan cinta. Ikatan suci ini termeterai apabila kedua-duanya bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan amanah dalam melayari bahtera rumah tangga.

Kebiasaannya, hanya si isteri yang akan tersipu-sipu malu sewaktu sesi menyarungkan cincin atau bersalaman dengan suami mereka.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada pasangan baru bergelar suami isteri ini, di mana si suami turut malu untuk berhadapan dengan isteri.

Malu dengan suami

Menerusi aplikasi TikTok, seorang individu menggunakan akaun @butuhdibimbing memuat naik video memaparkan pasangan mempelai tersebut yang terlalu malu untuk bersalaman sesama sendiri.

@butuhdibimbing

Balas @rikaaaits ini kaa mentahannya, abaikan suara aku yahh, perdana ngeliat ginian reall #fypシ #fypシ゚viral #MulaiDari100 #fyp #jarofheartschallenge

♬ original sound – Calonistripengusahasholeh – Calonistripengusahasholeh

Maisng-masing tarik tangan

Dalam video itu, dapat dilihat apabila kedua-dua tangan dihulurkan, masing-masing menarik balik dan menundukkan pandangan kerana masih belum bersedia untuk berhadapan dengan pasangan.

Maklumlah, hubungan baru sahaja menjadi halal, sudah tentulah segan kerana sebelum ini tidak biasa bertentang mata antara satu sama lain apatah lagi bersentuhan.

Ayat al-Quran sebagai hadiah buat isteri

Menurut @butuhdibimbing, yang juga merupakan rakan pengantin tersebut, rupa-rupanya lelaki berserban itu berstatus seorang ‘ustaz’.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi kisah ‘sweet’ pasangan berkenaan di mana selepas sesi pernikahan, lelaki itu membacakan surah al-Quran sebagai ‘hadiah’ buat wanita yang sudah sah bergelar isterinya.

Bahkan, sebaik majlis selesai dan sebelum pulang ke rumah, lelaki berkenaan sempat menyarungkan kasut pada kaki bidadarinya itu. Alahai, romantik sungguh!

@butuhdibimbing

Waktu di acara ituu aku bener2 iri sumpah, di bacain Al-Mulk ayat 1-akhir. #fypシ #fypシ゚viral #nikahmuda

♬ original sound – Arvian Dwi – Arvian Dwi

 

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai warganet yang berasa teruja melihat adegan ‘manis’ pasangan pengantin baru tersebut.

Wanita jadi ratu bila berkahwin dengan lelaki yang tepat

MashaAllah, teringin

Semoga dapat calon sebegitu

Di samping itu, ramai juga yang cemburu dan sempat berdoa agar diri mereka bertemu dengan jodoh yang baik di masa akan datang. Yalah, siapa yang tidak mahu berjodoh dengan insan yang baik, kan?

Sumber: TikTok @butuhdibimbing

 

Continue Reading
Advertisement

Trending