Connect with us

Cute

Baru Nak Berpiknik Di Taman, Gadis ‘Pasrah’ Kongsi Makanan Dengan Rusa & Angsa

Walaupun dunia masih ‘dihantui’ pandemik Covid-19, ada sesetengah negara sudah membenarkan rakyatnya kembali beriadah memandangkan kes positif harian sudah menurun.

Jadi, aktiviti santai seperti berpiknik di kawasan umum sudah dibenarkan dan pastinya lebih menyeronokkan jika bersama rakan-rakan rapat.

‘Kawan2’ lain pun join sama

Namun, tak siapa dapat menduga apabila kawasan yang sudah di setup dengan cantik untuk berkelah ‘dirosakkan’ dengan kehadiran haiwan tak diundang.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia dikenali sebagai @nadiraakk apabila aktiviti piknik bersama rakan-rakannya turut ‘disertai’ oleh seekor rusa bunting dan sekumpulan angsa.

https://twitter.com/nadiraakk/status/1406121000266203140

Rusa ada, angsa pun ada

Perkongsian video berkenaan tular kerana rata-rata warganet berasa terhibur dengan ‘nasib’ gadis itu yang terpaksa berkongsi makanan dengan haiwan-haiwan tersebut.

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter berkenaan tetap pasrah dan sempat bergambar bersama rusa dan angsa yang mengambil makanan mereka.

Ternyata perkongsian tersebut meraih lebih daripada 27 ribu tanda suka dan rata-rata warganet terhibur melihat ‘nasib’ yang menimpa gadis-gadis berkenaan.

Ada juga diantara mereka menyertakan sekali gambar aktiviti berkelah bersama rakan-rakan mereka yang pastinya sangat mengembirakan walaupun hanya membawa makanan ringan sahaja.

Sumber: Twitter @nadiraakk

Continue Reading
Advertisement

Trending