Connect with us

WTF

Baru Dua Bulan Berumah Tangga, Suami Tergamak Bakar Isteri Hanya Kerana Tidak Sefahaman

Sudah menjadi adat berumah tangga, tidak berpendapat dan bertikam lidah adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi, jika mendapat pasangan yang panas baran dan mudah naik tangan, sudah pastinya membawa kepada keretakkan rumah tangga.

Satu lagi kes yang melibat pasangan suami isteri, telah dilaporkan berlaku di Surabaya, Indonesia. Menurut laporan, seorang lelaki (si suami) telah tekad untuk membakar isterinya hidup-hidup setelah mereka berdua bertengkar disebuah rumah tumpangan.

Sering bergaduh, rumah tangga bergolak!

Menurut pemilik rumah tumpangan tersebut, pasangan suami isteri tersebut sememangnya duduk menyewa disitu. Mereka memang dilihat memang sering kali bertikam lidah dan dikatakan mengalami krisis rumah tangga.

 

Dah lama tak tinggal sekali

Dikhabarkan lagi, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada dua bulan yang lalu. Malah, pemilik rumah tumpangan tersebut memberitahu bahawa mereka sudah lama tidak duduk satu bumbung.

Tetapi, mangsa (si isteri) dikatakan kembali ke rumah tumpangan tersebut ditemani oleh ibunya.

Terdengar perempuan menjerit!

Pada hari kejadian, pergaduhan antara pasangan tersebut menjadi lebih parah dari hari-hari yang sebelumnya. Selepas 5 minit pergaduhan, tuan rumah berkenaan terdengar teriakan si isteri yang menjerit akibat kepanasan dan tubuhnya dilihat terbakar.

Si isteri segera dibawa ke hospital akibat kederaan yang parah, manakala suaminya telah melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Si isteri dikatakan megalami luka terbakar dibahagian lengan, kaki dan muka. Walau bagaimanapun, keadaanya dikatakan stabil.

Kebelakangan ini, sudah banyak kes-kes dan kejadian bunuh membunuh yang melibatkan pasangan suami isteri dan kekasih. Dinasihatkan agar setiap individu dapat menyelesaikan masalah sesama sendiri dengan tenang dan tidak melibatkan sebarang pergaduhan.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending