Infozon
Lepas Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan Jantung, Bayi 6 Bulan Disahkan Covid-19

Dugaan bertali arus, seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang baru selesai bertarung nyawa menjalani pembedahan jantung, kini disahkan positif Covid-19.
Erin Bates difahamkan telah menderita komplikasi jantung sejak lahir lagi, dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Erin disahkan Covid-19
Tamparan hebat buat kedua ibu bapa Erin, baru sahaja menarik nafas lega Erin selamat menjalani pembedahan, kini terpaksa menempuh dugaan mengharapkan bayi mereka selamat daripada Covid-19.
Kini, Erin perlu menggunakan esin bantuan pernafasan (ventilator) di Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool, dan kini dijaga oleh ibunya, Emma Bates di hospital.
Doakan Erin mampu bertahan
Sementara bapanya terpaksa kuarantin diri di rumah di Great Manchester kerana beliau merupakan kontak rapat dengan anaknya berusia 6 bulan itu.
Berikutan itu, Bates meluahkan rasa kesal terhadap segelintir rakyat di Englan yang tidak cakna dengan arahan perintah berkurung Covid-19 oleh kerajaan.
“Namun masyarakat masih tidak mengambil serius, masih ada orang yang berada tepi pantai, beratur panjang membeli aiskrimĀ dan berpusu-pusu seperti hari biasa tanpa ada rasa bimbang pada jangkitan Covid-19…”
Bapa luah kesal orang ramai tak patuhi lockdown
Akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab orang lain, anaknya yang tidak berdosa terpaksa menanggung sakit.
“Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, kami bimbang pergi ke pasar raya kerana risau akan risiko yang akan dihadapi bayi kami yang mudah dijangkiti virus…”
Sayu melihat keadaan bayi ini, semoga Erin mampu bertahan dan segera sembuh.
Sumber : Lancs Live

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit