Connect with us

Infozon

Baru Belajar 10 Minit, Gadis Dikejutkan Dengan Berita Pemergian Ayah Tercinta

Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup disebabkan oleh pelaksaan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19, kini  sesi persekolahan membabitkan pelajar mengambil peperiksaan awam secara rasminya telah dibuka semula hari ini.

Sudah semestinya, perasaan bercampur baur pastinya bakal dirasai  oleh para pelajar, guru dan ibu bapa disebabkan oleh musibah yang melanda negara. Namun, kes COVID-19 dilihat semakin terkawal, malah pembukaan semula sekolah diyakini berjalan lancar mengikuti SOP ketat yang ditetapkan KKM.

“Tahu-tahu abah dah tak ada…”

Dalam kegembiraan para pelajar kembali ke sekolah hari ini, terdapat segelintir insan yang menerima perkhabaran duka yang pastinya kekal tersemat dalam ingatan. Salah seorang pelajar hari ini berkongsikan berita sedih melalui laman Twitter, mengenai perkhabaran yang amat mendukakan.

Gadis ini diberitahu bahawa bapanya telah dijemput Ilahi sejurus sahaja 10 minit memulakan pembelajaran di sekolah.

Ciuman terakhir buat abah…

Gadis ini juga menerima pelbagai sokongan dan kata-kata semangat daripada para pengguna Twitter yang lain. Ramai juga dilihat mendoakan serta sedekahkan Al-Fatihah buat bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi.

Semoga adik ini terus kuat untuk menerima ketentuan dan takdir dari-Nya. Al-fatihah.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending