Infozon
Baru 12 Jam Gencatan Senjata, Rejim Zionis Dah Rempuh Masuk Masjidil Aqsa

Tak sampai 12 jam gencatan senjata antara pihak rejim zionis dan Hamas berlaku, tentera haram itu telah mulai kembali melakukan perbuatan keji apabila dengan sesuka hati memasuki Masjidil Aqsa.
Tembak gas pemedih mata
Mereka telah melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan pemuda Palestin yang berada disana. Hal ini dimaklumkan oleh satu akaun Twitter dikenali sebagai JatIkhwan yang sering memuat naik perkembangan keadaan di Palestin sejak serangan bermula kira-kira 11 hari yang lalu.
GEMPAR: Genap 12 jam sejak gencatan senjata, tentera Zionis baru saja merempuh masuk ke Masjid Al Aqsa dan menembak gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin! pic.twitter.com/OVqxK3oZHl
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 21, 2021
Menembak sebuah keluarga di Umm Al Fahm
Difahamkan juga, pihak rejim zionis sudah mulai mengepung masjidil Aqsa dan melakukan kekejaman apabila menembak sebuah keluarga yang berada di dalam sebuah kereta.
https://twitter.com/JatIkhwan/status/1395706592872439811
Orang ramai mulai lari
Pertempuran yang berlaku dilihat semakin serius apabila tentera zionis menembak pengunjung yang berada di Masjidil Aqsa sehingga orang ramai kelihatan bertempiran lari menyelamatkan diri setelah tentera zionis mulai menawan Masjid al-Aqsa.
Orang ramai bertempiaran lari di Masjid Al Aqsa. pic.twitter.com/1hJJ3yDsYi
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 21, 2021
Perkembangan terkini masih lagi dinanti mengenai serangan terbaru yang berlaku.
Pagi tadi sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, media Palestin memaklumkan bahawa gencatan senjata telah berlaku antara rejim zionis dan Hamas.
Penduduk di semenanjung Gaza dilihat meraikan kemenangan ‘kecil’ itu dengan melaungkan takbir kepada Allah S.W.T dan mengucapkan syukur setelah 11 hari keadaan bergolak.
Sumber: JatIkhwan

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit