Connect with us

WTF

Barang ‘Makeup’ Hancur Dirosakkan, Gadis Kesal Tetamu Biar Anak Tak Duduk Diam

Pasti ramai yang pernah merasai barang milik peribadi ‘diganggu’ oleh anak kecil terutamanya anak tetamu yang datang kerumah kita.

Lebih membuatkan kita ‘naik darah’ adalah sikap ibu atau bapa yang sama sekali tidak melarang anaknya membuat kerosakkan harta benda orang lain dan hanya melihat sahaja.

Rosakkan barang makeup tuan rumah

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia yang berasa kesal dengan sikap anak kecil yang dibawa tetamunya apabila merosakkan barang makeup miliknya sesuka hati.

Menurut @amelia_kesuma, dia sudah meletakkan  barang makeup tersebut di tempat tinggi dan mengesyaki ibunya yang mengambil dan memberi kepada kanak-kanak itu.

https://www.tiktok.com/@amelia_kusuma/video/6928709038280690945?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Mak budak tu pun memang buat orang geram

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen meluahkan turut berasa geram dengan kejadian seperti itu.

Mereka juga akui pernah mengalami hal yang sama dan sangat geram apabila tetamu yang datang ke rumah merasakan perkara yang dilakukan anak mereka tidak menjadi kesalahan memandangkan mereka masih kecil.

Teruknya perangai macam tu

Mesti jenis tetamu yang datang rumah orang buka peti sejuk

Bengang betul lah macam ni

Pengguna TikTok itu juga sempat memuat naik video yang berlainan dengan menzahirkan rasa kesal dengan sikap ibu kanak-kanak berkenaan yang masih menyalahkan tuan rumah sedangkan anaknya yang bermain alat makeup tersebut.

Enggan memanjangkan cerita, dia memaafkan sahaja dan tidak mahu perkara tersebut menjadi masalah kepada orang tuanya nanti.

https://www.tiktok.com/@amelia_kusuma/video/6929053012161842434?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sumber: @amelia_kusuma

 

Continue Reading
Advertisement

Trending