Inspirasi
Bapa Terharu Diberi Air Pulang Kerja, Pandang Wajah Anak Penuh Makna

Kita sering lihat seorang bapa pulang dari kerja dalam keadaan letih dan tidak bertenaga. Mana tidaknya, dari tulang empat keratnya itulah dia boleh menafkahi keluarganya.
Namun, ketika mereka letih dan kita sebagai anak melayaninya dengan baik, pasti segala penat lelahnya hilang dan berasa bahagia berada dirumah.
Reaksi bapa diberi air
Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia apabila secara tidak sengaja merakam reaksi wajah ayahnya ketika dihulurkan air setelah pulang dari kerja.
https://www.tiktok.com/@lukman_nj/video/6942833302063566081?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v3
Peluk anak luah kasih sayang
Menerusi akaun TikTok @lukman_nj, dia pada awalnya ingin merakam video ketika sedang berniaga di gerainya, namun tidak menyangka bapanya pulang dari kerja dan terlihat letih.
Dia terus ke belakang dan menghulurkan secawan air teh kepada bapanya. Ketika @lukman_nj kembali menguruskan jualannya, bapa tersayang telah memandang wajahnya dan kemudian memeluk dengan erat.
Perkongsian tersebut telah mendapat jutaan tontonan sejak ia mulai dimuat naik oleh @lukman _nj beberapa minggu yang lalu.
Rata-rata warganet berasa terharu dengan pandangan penuh makna bapanya dan berharap satu hari nanti mampu membalas jasa serta pengorbanan seorang bapa dengan membahagiakan seluruh keluarga.
Sumber: @lukman_nj

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit