Connect with us

Infozon

Bapa & Saudara Syahid Dibedil Zionis, Reaksi Kanak2 Ratapi Kematian Bikin Sebak

Serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas penduduk Palestin sememangnya membuatkan dunia marah kerana dilakukan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Serangan demi serangan yang dilontarkan telah membuatkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan tempat tinggal.

Berlari dapatkan jenazah bapa

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, satu video memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang meratapi kematian bapa serta saudaranya telah menyebabkan warganet berasa sebak.

Dia dilihat berlari-lari mendapatkan jenazah bapanya yang telah syahid setelah menjadi mangsa kekejaman zionis.

https://twitter.com/rabetbypipd/status/1392054146644197382

Laungan marah, sedih & hiba

Beberapa keping gambarnya yang tidak dapat menahan emosi turut menjadi perhatian warganet kerana begitu menyentuh hati dan dilihat sangat sedih atas pemergian bapanya yang dibunuh pihak tentera Israel.

https://twitter.com/AfnanBassam98/status/1392049955116814336

Menerusi laporan dari media tempatan, setakat pagi tadi seramai 24 orang penduduk Palestin termasuk 9 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan Rejim Zionis terhadap mereka.

Manakala ratusan lagi cedera berikutan berlaku beberapa lagi serangan susulan dari pihak tentera Israel di beberapa kawasan di wilayah Timur Baitulmaqdis.

Warganet yang melihat perkongsian video dan gambar yang tular berkenaan telah mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh tentera haram itu sehingga mencederakan ramai penduduk Palestin terutama yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Sumber: Afnanbassam98, rabetbypipd

Continue Reading
Advertisement

Trending