WTF
Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri Ketika Meraikan Sambutan Hari Bapa

Tanggal 16 Jun setiap tahun merupakan tarikh yang bermakna buat mereka yang bergelar bapa. Anak-anak kebiasaanya akan meluangkan masa dan meraikan sambutan Hari Bapa dengan pelbagai cara yang pastinya aka diingati oleh seorang ayah mereka.
Tetapi, berbeza pula situasi di atas dengan kejadian yang telah berlaku di Singapura. Seorang bapa telah ditahan kerana disyaki telah membunuh anak perempuannya sendiri yang berusia 2 tahun.
Dijumpai cedera dalam bilik yang sama
Johnboy John Teo telah dituduh membunuh anaknya, Ashley Teo di kediaman pada ahad lalu (Hari Bapa). Sepatutnya, bekas isterinya akan mengambil anaknya itu pada hari berikutnya, tetapi tidak mendapat respon daripada bekas suaminya itu.
Pihak polis telah dihubungi pada jam 10.45 malam oleh bekas isteri Teo dan hasil pemeriksaan telah menjumpai Ashley dalam keadaan tidak sedarkan diri disamping bapanya yang cedara.
Pasangan ini telah berpisah pada bulan Mac yang lalu, namun hak penjagaan anak telah jatuh ke atas bekas isteri. Bekas isterinya menghantar anak mereka pada hari tersebut, agar Ashley dapat meluangkan masa bersama Teo pada Hari Bapa.
Mencekik anak sebelum kelar lehernya sendiri.
Teo telah didakwa mencekik anaknya itu sehingga mati di bilik tidur utama. Setelah itu, dia mengelar leher sendiri dengan pisau dan tidak sedarkan diri dalam bilik yang sama.
Kedua-duanya telah dibawa ke Sengkang General Hospital bagi mendapatkan rawatan. Tetapi anaknya telah dikhabarkan meninggal dunia pada 17 Jun 2019 (Isnin) jam 12.28 pagi.
Kes Teo ini telah diklasifikasikan sebagai satu kes pembunuhan. Siasatan masih dilaksanakan keatasnya, serta kes ini ditangguhkan sehingga 7 July 2019. Jika Teo didapati bersalah, dia bakal dikenakan hukuman mati.
Sumber: Stomp

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit