Connect with us

Infozon

Bayi Positif Koronavirus Dikuarantin, Bapa Menangis Lihat Anak Disebalik Cermin

Satu demi satu cerita sedih disebalik wabak yang sedang melanda Wuhan, China ketika ini. Pertambahan pesakit yang terkena wabak Koronavirus dilihat semakin kronik kerana beberapa daerah di negara China mulai mengumumkan perintah berkurung kepada penduduknya.

Dipisahkan dengan dinding kaca

Wabak yang menyerang pula tidak mengira siapapun termasuklah bayi dan juga orang dewasa. Pesakit-pesakit yang disahkan positif telah ditempatkan di hospital bagi tujuan rawatan.

Dalam pada kegusaran pertambahan jumlah kematian akibat wabak ini, satu video mengenai seorang bapa yang mennagis melihat anaknya kerana tidak mampu menyentuh bayi itu ekoran disahkan positif koronavirus.

https://twitter.com/Huh_My_Rahhhhh/status/1222895918627749890

Menangis pandang anak

Lelaki itu yang lengkap menutup kepala dan mulut itu hanya memegang dinding kaca sambil cuba memeluk anaknya namun terhalang. Situasi sebak tersebut dikongsikan oleh satu pemilik akaun di Twitter.

Walaupun kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan sepenuhnya, namun dapat kita lihat betapa pilunya hati seorang bapa apabila hanya mampu melihat anaknya dari bilik kuarantin kerana wabak yang melanda.

Sumber : MyrahDahSmylah

Continue Reading
Advertisement

Trending