Connect with us

Inspirasi

Bapa & Nenek Dah Tiada, Budak 10 Tahun Nekad Hidup Berdikari

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun baru sahaja kehilangan nenek dan bapanya dalam tempoh yang singkat, lalu dia terpaksa hidup berdikari dengan menanam sayur-sayuran.

Menurut China Press,  kanak-kanak tersebut Dang Van Khuyen tinggal di sebuah kampung di Vietnam bersama neneknya sebelum ini dan pergi ke sekolah setiap hari.

Dia kehilangan ibunya ketika dia masih kecil manakala bapanya, seorang pekerja pembinaan yang tinggal berasingan daripada mereka.

Malangnya, nenek budak itu meninggal dunia akibat sakit tua, lalu meninggalkan Dang yang hidup sebatang kara.

Tidak lama kemudian, bapanya juga telah meninggal dunia dalam kemalangan di tempat kerja. Tanpa sahabat dan tiada keluarga di sisi, budak itu terpaksa menyara kehidupan sendiri.

Namun itu tidak menjadi penghalang buat Dang Van Khuyen untuk menuntut ilmu di sebuah sekolah di daerah tersebut.

Walaupun wakil sekolah dan pihak kerajaan ingin membantu dan menjadikannya keluarga angkat, tetapi dia masih berkeras mahu hidup bersendirian.

Pada usia sekecil itu, Dang Van Khuyen masih dengan pendiriannya yang tidak mahu menyusahkan siapa-siapa. Semoga dia terus kuat meneruskan kehidupan ini.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending