Connect with us

Inspirasi

Bapa & Kanak2 Dihina Sebab Yahudi, Wanita Muslim Tampil Pertahankan Maruah

Umum sedia maklum bahawa diatas muka bumi ini terdapat pelbagai agama dan juga kepercayaan dianuti oleh manusia. Masing-masing hidup dalam keadaan aman walaupun ada sesetengah tempat masih wujud perbalahan.

Namun begitu, jika mana-mana agama tidak bermusuh atau menyerang kita secara peribadi, ia bukan satu tiket untuk kita mencerca ataupun menghina individu tersebut.

Muslim pertahan Yahudi

Hal ini dapat dilihat menerusi satu video tular di media sosial sejak kebelakangan ini yang mana seorang wanita Muslim mempertahankan seorang lelaki dan anaknya yang beragama Yahudi dari dihina seseorang.

Hina agama depan kanak-kanak

Menerusi perkongsian tersebut, jelas sekali seorang lelaki telah menghina agama Yahudi di dalam train sambil diperhatikan orang ramai.

Sikap anti semitik itu telah membuat wanita Muslim yang bernama Asma berbalah dengan lelaki tersebut berikutan berasa terpukul dengan sikap tidak menghormati orang lain terutamanya kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, dapat kita pelajari disini bahawa Islam tidak membenci mana-mana pun penganut agama lain selagi mereka tidak mendatangkan keburukan kepada sesiapa.

Sentimen yang mengatakan Islam memusuhi Yahudi adalah tidak benar sama sekali kerana perasaan itu wujud secara individu dan bukan seperti diajar oleh Islam.

Sumber : Stancegrounded

 

Continue Reading
Advertisement

Trending