Connect with us

Inspirasi

Banyak Kali Kena ‘Joy’, Abah Tak Putus Asa Jual Baju Bundle Di Tiktok

Seorang lelaki yang yang mesra dengan panggilan dirinya sebagai ‘abah’ ini gigih mencari rezeki dengan menjual baju bundle. Walaupun sudah lanjut usianya, namun beliau tidak pernah patah semangat, malah terus mencari peluang dengan berniaga secara langsung di TikTok.

Kegigihan Abah berniaga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dengan semangatnya, walaupun telah banyak kali penonton yang ‘lock’ baju niagaannya semasa live tidak pun melakukan sebarang pembayaran kepada beliau.

 

Advertisement

Baju dah siap basuh dan gosok

Apa yang lebih menarik ialah semua baju yang dijual telah siap dibasuh dan digosok demi memudahkan bakal pembelinya. Kesungguhannya dalam berniaga ini ternyata menarik lebih ramai netizen untuk menyertai jualannya secara live di TikTok.

Rasa macam berdepan dengan abah sendiri

Netizen juga memuji beliau yang bertutur lembut dan mesra melayan penonton sebagai anak-anaknya sendiri semasa live. Kemesraan yang ditunjukkan beliau membuatkan beberapa netizen berasa sebak seolah-olah sedang berhadapan dengan ayah sendiri.

Semoga luas rezeki abah

Berbekalan hasil jualan baju bundlenya, abah juga mengagihkan sedikit bantuan kepada golongan asnaf dalam kawasan tempat tinggalnya. Usahanya dalam berniaga dan pada masa yang sama turut bersedekah mendapat doa yang tidak putus-putus daripada netizen.

Sumber: TikTok @abahbundle, Twitter @ipahhhhhhhhh

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending