Infozon
Bantu Tangani Covid-19! Malaysia Hantar Sumbangan Kepada Palestin

Susulan perbualan telefon antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada 6 April lalu, Malaysia menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu menangani wabak Covid-19 di negara itu.
Perkara berkenaan dikongsi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di laman Facebook rasmi miliknya dengan memuat naik sekeping gambar beberapa wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di lapangan terbang.
Menurut Hishammuddin, sumbangan itu terdiri daripada peralatan perubatan termasuk sejuta unit topeng muka, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.
“Semalam Malaysia telah hantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas Air Asia,” katanya.
Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu rakyat dan barisan hadapan Palestin dalam berjuang melawan pandemik itu yang kini mencecah jumlah 375 kes positif serta dua kes kematian di negara berkenaan.
“Moga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi Covid-19 InsyaAllah,” ujarnya.
Sumber : Hishammuddin Hussein

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit