Connect with us

Inspirasi

“Bantu Saya, Biar Dunia Tahu Kehebatan Malaysia Tangani Covid-19..” – Doktor

Tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu sehingga menunjukkan penurunan jumlah kes jangkitan Covid-19 mendapat pujian seorang lelaki warga Amerika Syarikat.

Menerusi laman Facebook, Dustin Pfundheller yang turut bergelar doktor gigi menghasilkan sebuah video mengenai kehebatan Malaysia yang sering tidak diberi perhatian dalam menangani wabak tersebut berbanding negara Asia Tenggara lain.

Pfundheller yang juga seorang pengembara di serata negara berkata, Malaysia mencatatkan jumlah kes sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding negara lain di Asia Tenggara pada Mac lalu.

“Ini adalah kisah mengenai sebuah negara di Asia Tenggara yang jarang mendapat perhatian, Malaysia.
“Yang membuatkan kisah lebih menyedihkan adalah jangkitan bukanlah merebak melalui aktiviti hiburan atau rakyatnya berkelakuan buruk sebaliknya ia tersebar menerusi perhimpunan keagamaan,” katanya.

Menurut lelaki berusia 33 tahun itu, beliau memuji tindakan pantas kerajaan dalam melaksanakan PKP dengan penutupan semua jalan raya, selain larangan menganjurkan program atau majlis, sekolah dan sektor perniagaan.

Tonton video penuh!

https://www.facebook.com/othersideofthetruth/videos/1483122971870644/?__xts__[0]=68.ARCUGYwVdPFEEjFwOq1ewbYUozfkb92anc-SwT8vLTEsf53hzdtZ0XJUysOOujsU-pUQsPk5eeYdLKQo-Rm10WnXTjfShX79NJpQ4kB_zKz2xyU4Ek3zcw0Zqx6GN5mSeZbFcaY5IgRb18SYrasBgNuCbLaeioHWEgqVqhG22SUq97s3lGF89ClGQ2ydAQy_G9ao8BoeonlUlAAjuvA1yuP0DZhqpWzs98xo2YuezFug4HbkcsKqFTlI0JMSgOMqX4daUUtSp0mNyjSNPO9Zn7oTlLZtK1n0dnuADvdBRV7IYvOugGbshcyPu2ZdwIb9Ut_SEg86IOrdvdxJTHKnPOQP-jy7DRRtGRosc9J8&__tn__=-R

“Semua jenis perniagaan ditutup, jalan disekat, tiada sesiapa dibenarkan keluar dan masuk serta meninggalkan kediaman masing-masing.
“Tapi jangan risau, penduduk di kawasan yang terlibat dibekalkan makanan dan penjagaan kesihatan sewajarnya dan jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia mulai turun,” ujarnya.

Pada akhir rakaman berdurasi hampir tiga minit itu, Pfundheller meluahkan rasa kesal apabila tidak menyenaraikan Malaysia dalam 15 negara terbaik menangani Covid-19 dalam video sebelum ini.

“Hampir tiada media bercakap mengenai hal ini. Saya sendiri rasa bersalah apabila menghasilkan video mengenai 15 negara terbaik menangani Covid-19 tanpa menyenaraikan Malaysia sebelum ini.
“Sejurus kita sedar pada suatu masa Malaysia pernah berada pada angka tiga kali ganda lebih teruk berbanding semua negara di Asia Tenggara dan sekarang mereka adalah antara yang terbaik, cerita mengagumkan ini perlu dikongsi,” tambahnya.

Video tersebut telah menerima lebih 745,000 tontonan dan hampir 50,000 perkongsian setakat ini selain pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengakui bangga dan terharu selepas menontonnya.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending