Connect with us

Inspirasi

Bantu Jimat Kos Majlis Kahwin, Pakcik Beri Anak Saudara Pinjam Kereta

Kebiasaannya bagi pasangan raja sehari, ada segelintir memilih kereta yang kelihatan serba mewah dan baru untuk digunakan dalam perjalanan menuju ke lokasi perkahwinan.

Namun agak berbeza bagi pengantin baharu di Singapura ini, Fahrul R Kamsani dan Syarinah Sani apabila menjadikan sebuah teksi sebagai pilihan kereta untuk hari bahagia mereka.

Memetik laporan MS News, idea tersebut timbul apabila pemandu teksi yang juga pakcik kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Aziz Talibak menawarkan teksinya bagi menjimatkan kos perbelanjaan pasangan tersebut.

Kisah inspirasi keluarga itu dikongsi menerusi sebuah posting di laman Facebook syarikat teksi berkenaan, ComfortDelGro Taxi dengan memuat naik beberapa keping gambar pengantin baharu yang sedondon berwarna biru gelap.

“Saya mengambil keputusan menawarkan teksi sebagai kereta sempena majlis perkahwinan anak saudara saya, secara tidak langsung ia akan membantu mereka menjimatkan perbelanjaan.
“Teksi itu mungkin bukan kereta mewah tetapi baru berusia lebih setahun dan masih kelihatan baru,” kata Abdul Aziz.

Sebelum digunakan oleh pengantin, Abdul Aziz telah meminta izin daripada syarikat teksi tersebut selain mendapatkan kelulusan daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Advertisement

Bagi Syarinah pula, dia amat berbesar hati dengan tindakan pakciknya yang cuba sedaya upaya untuk membantu dirinya dan suami dalam mengurangkan kos perbelanjaan majlis.

“Saya sangat terkejut dan bersyukur ketika pakcik Aziz menawarkan kami menggunakan teksinya. Dia juga membayar kos hiasan dan mencantikkan kereta tersebut menggunakan duitnya sendiri untuk hari bersejarah saya,” ujarnya.

Sumber: MS News

Continue Reading
Advertisement

Trending